Memperingati Sejarah Negara

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan. 

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengulukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957. 





Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957

Thankyou for walking at our blog

Makna Merdeka menurut islam

 Bismilahirrohmanirrohiim, Assalamu’alaikum Wr Wb. Alhamdulillahiladi arsala rosulahu bil huda wa dinilhaq, liyudhorohu aladinni qulli wakaffa billahi shahida, Ashadu ala ilahailallah waashadu’anna muhammadarrosululloh.
Segala puji milik Allah yang telah memberi kita nikmat Iman dan Islam sehingga kita beristiqomah di jalanNya untuk bersama-sama menegakkan dienullah.

Merdeka berarti bebas dari penjajahan, bebas dari tahanan, bebas dari kekuasaan, bebas dari intimidasi, bebas dari tekanan, dari nilai dan budaya yang mengungkung diri kita.
Setiap manusia yang terlahir ke dunia semuanya adalah mahluk yang merdeka, para bayi yang terlahir ke dunia mereka hanya terikat oleh ikatan yang Allah ridhoi (kondisi fitrah) dalam QS. Al A’raaf : 172,
bahwa Allah sudah mengambil perjanjian perikatan dengan manusia ketika dalam sulbi ibunya bahwa manusia hanya mau terikat dengan Allah,
mengakui keberadaan Allah dan siap melaksanakan semua perintah dan larangan Allah tidak lainnya.
Dalam konteks ini semua manusia dalam keadaan fitrah, suci, bersih dari perikatan dan penajjahan apapun, namun setelah dewasa ketika mulai baligh ada manusia yang kembali fitrah dan ada juga manusia yang tidak fitrah, ia mengambil tandingan selain Allah. Ia mengikatkan diri dengan segala sesuatu selain Allah.

Sedangkan manusia tidak merdeka adalah manusia yang hidupnya dikendalikan oleh dhon, akalnya sendiri, oleh dogma, oleh hawa nafsunya, ilmu, harta dan dien selain Islam.
Karena Islam adalah dien yang membebaskan manusia dari kungkungan hawahu, dan dhon dll.
Kemerdekaan yang abadi adalah manakala kita melepaskan semua ikatan dari apapun kecuali hanya dengan Allah.

Dalam QS. Al Balad ayat 10-13 disebutkan bahwa Allah menunjukkan dua jalan ada benar dan salah, jalan yg benar merupakan jalan yang mendaki lg sukar, jalan yg mendaki lg sukar salah satunya adalah memerdekakan budak dari perbudakan.
Perbudakan disini dalam tafsir fizhilal quran, adalah membebaskan budak dari belenggu, ikatan selain Allah . Sehingga hidup kita hanya menjadi hamba, budak Allah dimana pengabdian berupa aktifitas, loyalitas semuanya hanya untuk dan karena Allah semata, Bukan menjadi budaknya hawa nafsu, budak harta, budak dogma, doktrin yang selain dari Allah karena sesungguhnya jika seseorang sudah mengikatkan diri dengan segala sesuatu selain Allah maka ia tidak lagi memiliki jiwa yang merdeka, tapi jiwa terpenjara, hina tidak bebas, karena telah menjadikan dirinya budaknya syetan laknatullah.

Dulu pada tgl 17 agustur 45, bangsa indonesia menyatakan diri menjadi bangsa yang merdeka dari penjajahan namun 60 tahun berikutnya sekarang perekonomian kita dikuasai bangsa lain, kebijakan kita pun masih saja diintervensi bangsa lain apa bedanya sekarang dan beberapa tahun yg lampau, kalo dulu lepas dari penjajahan fisik tapi sekarang kita terjebak dengan penjajahan bentuk lainnya.Pemikiran, gaya hidup, berbusana bahkan tata cara beribadah mahdoh pun terjadi pendangkalan, pengikisan dan pergeseran, kadang2 kita tdk menyadarinya.
syetan akan mengganggu kita dari depan belakang atas dan bawah maka waspadalah banyak hal yang kelihatannya benar tapi sebenarnya tdk demikian adanya, untuk itu kita perlu kebersamaan agar terjadi tausyiah, saling mengingatkan satu dengan yg lainnya demi tegaknya kalimatulloh.

Thankyou for walking at our blog

PANTUN KEMERDEKAAN(JALUR GEMILANG)


Jalur Gemilang bendera bertuah
   Rakyat Malaysia berasa megah
Hidup bahagia tiada resah
   Kerana negara merdeka sudah



Jalur Gemilang lambang bersatu
   Merah, kuning, putih dan biru
Bulan bintang menghiasi penjuru
   Empat belas negeri menjadi padu



Di merata tempat megah berkibaran
    Lambang demokrasi dan kemerdekaan
Penuh kedaulatan dan kebebasan
    Seiring dengan semangat perpaduan



Putih dan merah suci berani
    Menyeru rakyat membangunkan negeri
Menentang musuh yg hasad dengki
    Mempertahankan negara setiap inci

Thankyou for walking at our blog

Hari Kemerdekaan Malaysia dan teknologi

Situasi ekonomi negara yang semakin pulih dan berkembang baik, musim Ramadhan dan nuzul Quran,lalu Hari Kemerdekaan Malaysia kali yang ke-53 dan akan datang pastinya sambutan Hari Raya mendapat ulasan seluruh penulisan rakan2 blog. Apa yang berlaku dan tengah berlaku dan pastinya akan berlaku itu semua adalah dengan keizinan-Nya. Aku amat bangga menjadi rakyat dan warganegara Malaysia. Apa sekalipun pencapaian Malaysia selama ini adalah airmata darah dan titisan setiap keringat seluruh rakyatnya.
Antara pencapaian terbaik Malaysia dalam bidang teknologi:
  • 1972 -MINT: Telah ditubuhkan pada 1972 dan dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail. Pada Jun 1983 PUSPATI ditukar nama kepada Unit Tenaga Nuklear (UTN) dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada Oktober 1990, UTN telah dipindahkan menjadi sebuah institut penyelidikan teknologi nuklear terunggul di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dikenali sebagai MINT (Malaysian Institute for Nuclear Technology) pada 10 Ogos 1994. Ia bertanggungjawab memperkenal dan mempromosikan penggunaan sains nuklear dalam pembangunan negara.
  • 1985-MIMOS: Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia atau (Malaysian Institute of Microelectronic System – MIMOS) ditubuhkan pada tahun 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri dan telah dipindahkan menjadi sebuah agensi di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada bulan November 1990. MIMOS bertanggungjawab membantu melaksanakan R & D kepada industri elektronik tempatan supaya menjadi lebih competatif dan inovatif.
  • 1996 -MEASAT: (Malaysia East Asia Satellite) merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki dan dikendali oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd.  Sehingga awal 2007, jaringan satelit MEASAT terdiri daripada tiga satelit geopegun yang direka dan dibina oleh Boeing Satellite Development Center (dahulunya Boeing Satellite Systems).
    • MEASAT-1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996 dan MEASAT-3 pada 2006. Satelit MEASAT-1 dan 2 direka bagi membenarkan khidmat televisyen langsung kepada pengguna selama 12 tahun di Malaysia dan juga bagi khidmat perhubungan awam di kawasan dari Malaysia kepada Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia.
  • Koridor Raya Multimedia adalah satu inisiatif menarik dari Malaysia untuk industri global informasi dan teknologi (ICT). Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996. Juga dikenali sebagai “MSC MALAYSIA” di Malaysia, Koridor Raya Multimedia bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat IT dari seluruh dunia bertapak di Malaysia dengan menawarkan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan berteknologi tinggi. Multimedia Development Corporation telah diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk menyelia perkembangan MSC.
  • 7 aplikasi negara (e-goverment). Bagi memantapkan objektif Wawasan 2020, satu usaha bersepadu telah dilaksanakan melalui tujuh inovatif Aplikasi Perdana. Aplikasi ini telah dibangunkan untuk melonjakkan Inisiatif MSC Malaysia dan mencipta utopia multimedia untuk pengusaha-pengusaha dan penguna-penguna yang inovatif di pelbagai bidang multimedia teknologi. Multimedia Super Corridor(MSC) menawarkan inisiatif menarik untuk rakyat Malaysia di era informasi ini.
    • Tujuh aplikasi perdana MSC ialah Kerajaan Elektronik, Kad Pintar Pelbagaiguna, Sekolah Pintar, Telekesihatan, Kumpulan R&D, e-Perniagaan dan Pembangunan Usahawan Teknologi.
  • Taman Teknologi Malaysia atau (Technology Park Malaysia-TPM) diwujudkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang dipertanggunjawabkan untuk membangunkan teknologi rakyat tempatan ke arah perindustrian. Objektif utama TPM ialah untuk membolehkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dijana oleh organisasi penyelidikan awam dan swasta negara dikomersilkan.
    • Tumpuan adalah terhadap promosi industri berteknologi tinggi dan koleberasi aktif antara industri, agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan institusi akademik ke arah mempromosikan perpindahan teknologi.
  • Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar pertama di Malaysia di bawah MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., sebuah konsortium syarikat kerajaan dan perdagangan. Astro memulakan siarannya pada 1996 dengan permulaan hanya menawarkan 22 saluran pelbagai dan juga 8 saluran radio. Mulai 31 Ogos 2006, Astro menambah 7 saluran baru dengan memperkenalkan 3 saluran jenama Astro iaitu Astro Aruna, Astro Kirana dan Astro Ceria. 4 saluran baru yang lain ialah CCTV4, WaTV, Animax dan Zee TV. Selain itu, mulai 28 Disember, 2006, Astro telah menawarkan 4 lagi saluran baru iaitu Al-Jazeera English, ETTV Asia, BBC Entertainment dan saluran terestrial ke-enam Malaysia TV9.
  • 1999 - Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Prof Datuk Dr Mazlan Othman adalah wanita pertama dari negara membangun yang diberi kepercayaan untuk memikul tugas sebagai Pengarah Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang berpejabat di Vienna. Beliau adalah pelajar jurusan fizik di University of Otago pada tahun 1970an di bawah Rancangan Colombo, dan merupakan wanita pertama yang berjaya mendapat ijazah Doktor Falsafah dalam bidang fizik dari universiti tersebut.
  • MyKad adalah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk memberikan kemudahan kepada orang awam melalui sekeping kad pintar untuk pelbagai aplikasi. Tidak seperti kad-kad lain yang sedia ada, MyKad menggabungkan pelbagai aplikasi Kerajaan dan swasta di dalam satu kad. Tambahan pula, MyKad yang berdasarkan teknologi kad pintar direkacipta agar berupaya untuk memuatkan pelbagai aplikasi baru di masa akan datang. Teknologi di sebalik sistem kad pintar adalah teknologi cip dan biometrik. MyKad menggunakan teknologi terkini yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan. Di antara ciri-ciri tersebut adalah pengesahan kad melalui kunci kriptografi yang simetrik. Sistem pengendalian pelbagai aplikasi dengan “firewall” dan platform cip yang selamat.
  • 2006 – myGovernment adalah singkatan untuk Portal Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia. myGovernment merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Malaysia melalui Internet. Anda juga boleh melayari lebih 900 laman web agensi-agensi Kerajaan Malaysia. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.
  • Kini nama Malaysia di mata dunia. 1 Malaysia Menjana Tranformasi.

Thankyou for walking at our blog

Pengistiharan Kemerdekaan


Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.
9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.
Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Thankyou for walking at our blog